Tuesday 30 April 2019

Anugerah Blogger | Modul Web Development ILP Perai



20190430 | Selasa





1-Salin (copy) Anugerah ini dan letakkan (paste) di blog anda. 
-

2- Berikan 5 Fakta menarik mengenai si penghantar Anugerah.

Contoh ayat :

5 Fakta terbaik mengenai Mimie Hamizah : 
1.Rajin
2. Kreatif menyatakan idea.
3. Boleh dan mampu mendorong orang lain.
4. Kemampuan mandiri @ berdikari
5. Bertanggungjawab

3-Tuliskan 5 perkara tentang diri anda sendiri 

 1. Suka tolong-menolong

 2. Saya suka menulukis semasa masa rehat.

 3. Menapati masa.
 4.Saya suka membuat photoshop.

5. Rajin membuat tugasan.


4- Sampaikan Anugerah ini kepada 5 orang penulis Blogger yang menjadi pilihan anda dan nyatakan kenapa blog ini menjadi pilihan anda.



 "Anugerah Blogger | Modul Web Development ILP Perai" ini saya anugerahkan kepada :

1. Thayabaran : Grafiknya menarik, ada info yang boleh dipelajari.
2.  Devindren : Grafiknya menarik.
3. Jasshvinee : Grafik menarik dan ada info yang menarik boleh di baca.
4.  Yukanes  Blog kemas dan menarik.
5.Lili Ann :  Artikel berbahasa Inggeris yang menarik untuk dibaca.

Saturday 13 April 2019

MEMBERSIHKAN BILIK ICT ( Amalan 5S )


Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan ‛S yang bermatlamatkan pengurusan amalan 9kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai “Kaizen” dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah cara pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam organisasi.Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif;Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja untuk penyelesaian  masalah dan penambahbaikan Semua pekerja akan lebih berdisiplin dan beretika untuk menghasilkan prestasi kerja  yang lebih baik Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej organisasi

Pada hari ini, semua pelajar sem 2 TKS membersihkan bilik ICT . Langkah pertama adalah sapu sampah di bilik ICT.

Seterusnya, langkah kedua adalah membuka cermin semasa penyapu sampah.

Langkah ketiga adalah letakan kerusi di belakang untuk mengemop lantai.

 
Langkah keempat adalah menyusun cabel monitor di bilik ICT.

Langkah kelima adalah menyusun tetikus,keyboard,monitor dan pc.

Langkah keenam adalah mengemop lantai di bilik ICT.

Langkah ketujuh adalah menungu sampai mengemop lantai di bilik ICT.

Langkah kelapan adalah habis mengemop tungu sampai kering.

Langkah kesembilan adalah menyusun kerusi di bilik ICT.

Akhir sekali, kebersihan bilik ICT habis dan kemas. Terima kasih kepada Cik Afzan dan pelajar sem 2 TKS berkerjasama untuk kebersihan bilik ICT.  

Monday 8 April 2019

Video Karate Kids

Untuk memahirkan diri,kita mestilah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan.
Memerlukan focus yang lebih supaya ilmu yang diguna pakai dapat diajar dalam masalah yang datang.
Apabila seseorang memecahkan tulang anda, semua orang boleh mendapatkan keberanian bangun dan menang.

Tuesday 5 March 2019

Tips pengurusan peribadi / organisasi


5 Tips Bijak Untuk Uruskan Kewangan Peribadi


Ketahui Cara Menggunakan Pinjaman Wang Dengan Betul

Bukan semua pinjaman adalah buruk. Jika anda menggunakan pinjaman wang dengan bijak, ia akan bantu anda untuk menjana pulangan yang lebih tinggi. Akhirnya, anda bukan sahaja mampu membayar balik pinjaman tersebut, bahkan anda juga boleh menambah pendapatan.

Contohnya, anda memohon pinjaman untuk membeli telefon pintar. Ini merupakan contoh pinjaman yang tidak berfaedah, kerana gajet tersebut akan susut nilai dengan cepat, dan tidak boleh dianggap sebagai aset yang boleh menjana pendapatan.

Sebaliknya, jika anda memohon pinjaman untuk mengembangkan perniagaan merupakan situasi berbeza. Pinjaman ini merupakan sejenis hutang baik kerana ia berpotensi untuk menambahkan pendapatan anda. Hutang baik juga boleh dikenalpasti seperti berikut:
Jadi, sebelum memohon pinjaman, fahami konsep leverage terlebih dahulu. Ini kerana pinjaman wang boleh mendatangkan faedah jika anda gunakannya untuk menjana keuntungan.

> Menambah nilai bersih peribadi
> Mengembangkan wang
> Bayaran ansuran yang berpatutan
> Kadar faedah yang rendah

Jadi, sebelum memohon pinjaman, fahami konsep leverage terlebih dahulu. Ini kerana pinjaman wang boleh mendatangkan faedah jika anda gunakannya untuk menjana keuntungan.

Fokus Tingkatkan Pendapatan

Secara realitinya, berapa jumlah simpanan yang anda mampu simpan dari pendapatan bulanan sedia kala? Sebagai contoh, jika gaji bulanan anda RM3,000 dan anda membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 setiap bulan untuk keperluan asas, ini bermaksud anda tidak mampu untuk menyimpan lebih daripada RM2,500 sebulan. Bagi kebanyakan individu, pekerjaan tetap mereka tidak akan menjadikan mereka kaya, sebaliknya ia lebih untuk menyara hidup dan sebagai sumber pendapatan yang stabil. Individu yang mempunyai kewangan stabil adalah mereka yang aktif mengusahakan pertumbuhan pendapatan mereka yang sedia ada. Salah satu tips yang anda boleh ikut ialah dengan mencuba untuk mengembangkan pendapatan anda sekurang-kurangnya 10% setiap tahun. Katakanlah gaji anda tahun ini RM3,000 sebulan, cuba untuk dapatkan pendapatan RM3,300 pada awal tahun hadapan. Walaupun nampak sukar, mulakannya dari sekarang; sama ada dengan mencari pendapatan tambahan, ataupun meningkatkan kemahiran supaya anda boleh berunding kenaikan gaji.

Amalkan Peraturan 5%

Jika anda membuat pelaburan, pastikan anda amalkan peraturan 5%. Peraturan ini menyarankan supaya 5% dari portfolio pelaburan terdiri daripada pilihan pelaburan yang berbeza. Secara amnya, ia akan menjadikan pelaburan-pelaburan anda lebih bervariasi, dengan gabungan pelaburan berisiko tinggi dan rendah, tanpa menjejaskan kewangan. Contohnya, peruntukkan 5% dari modal untuk pelaburan berisiko tinggi dengan pulangan 7% setahun. Tindakan ini dapat menambah nilai pelaburan sekiranya fokus portfolio anda terletak kepada pelaburan-pelaburan berisiko rendah. Walaupun dengan risiko yang tinggi tidak menjanjikan pulangan, kesannya tidak terlalu teruk, kerana anda telah menghadkannya kepada 5% sahaja.

Berbelanja Dengan Cermat

Pesanan yang kerap kali anda dengan, mungkin sejak kecil, namun akan terus relevan. Tabiat ini perlu diamalkan sekiranya anda serius untuk mengembangkan kekayaan. Ianya akan lebih berguna jika anda turut beri perhatian kepada perbelanjaan-perbelanjaan kecil juga. Sebagai contoh, melanggan keahlian gymnasium namun tidak pernah pergi ke mana-mana sesi. Selain itu, contoh-conoh lain termasuklah membayar pinjaman perumahan lebih dari sepatutnya (dengan tidak menggunakan pembiayaan semula) atau membeli minuman dan makanan mahal, walaupun ada pilihan yang lebih murah. Tindakan ini sebenarnya adalah membeli berdasarkan kehendak berbanding keperluan. Dalam contoh makanan dan minuman tersebut, kita sebenarnya lebih mementingkan jenama, walaupun rasanya mungkin lebih kurang sama dengan pilihan lain yang lebih murah. Mereka yang arif akan pengurusan kewangan sedar akan hal ini. Bukanlah terus tidak berbelanja, namun pandai dan tahu bila dan bagaimana wang mereka dibelanjakan.

Elak Menganalisa Lebih Dari Diperlukan

Tindakan ini, yang juga dikenali sebagai analysis paralysis akan menghalang anda untuk mengambil tindakan, disebabkan terlalu memikirkan apa yang bakal berlaku. Tidak dinafikan, analisa amat penting dalam membuat keputusan kewangan. Tetapi, sesetengah individu terlalu fokus dengan analisa dan membuat kajian sehingga langsung tidak mengambil tindakan. Contohnya, jika anda ingin membeli rumah pertama, tetapi tidak pasti sama ada ia masa yang sesuai. Individu yang memiliki kefahaman kewangan akan tentutukan tarikh akhir untuk mereka lakukan keputusan. Dengan in, mereka akan membuat analisa dan persediaan secukupnya, tanpa mengabaikan tindakan yang bakal diambil. Jadi, dalam membuat keputusan, anda perlu tetapkan satu tempoh masa bagi anda membuat analisa. Jangan lupa letakkan tarikh akhir untuk tempoh tersebut, dan apa tindakan seterusnya yang perlu diambil. Seterusnya, laksanakan keputusan tersebut dan jangan berlengah, kerana bertangguh dalam mengambil tindakan hanya akan merugikan anda.

Tuesday 29 January 2019

GRAPHIC



 Pada pendapat ,kecemerlangan pengurusan maklumat dilihat dari segi kemampuanya mencapai
matlamat dan tujuannya. Pengurusan maklumat yang cekap akan membangunan akal budi manusia menjadi warganegara yang baik.  Ketakwaan dan keimanan pula menjadi perisai daripada gejala negatif dan pelanggaran undang-undang.

Monday 28 January 2019

jawapan kuiz 1

1. Apakah itu Kanban? Jelaskan Fungsinya.
( 3 Markah )
KanbanFlow adalah alat pengurusan projek dalam talian yang membantu anda memvisualisasikan dan bekerjasama dengan ahli pasukan.

2. Jelaskan fungsi Pomodoro dan nyatakan 3 kebaikannya ? 
( 5 Markah )
Teknik Pomodoro adalah kaedah pengurusan masa . 3 kebaikannya ialah dapat menguruskan masa dengan lebih teratur , membuatkan diri lebih berdisiplin dan produktiviti harian semakin meningkat . 


3. Apakah itu Blog ? Apakah bezanya dengan email ? 
(2 Markah)
Blog ialah laman yang boleh dilihat oleh orang ramai manakala email pula ialah satu portal privasi untuk kegunaan seseorang dan tertutup. 

4. Apakah kegunaan Embeded? 
(2 Markah)
Embeded ialah sistem yang digunakan untuk kongsi kandungan sesuatu laman web ke laman blog.

Beautiful